if you reading this, (im not sure you are still read blog, but if you still read), this is for you...
ada banyak sebenarnya aku nak cerita. terlalu banyakk. tapi takpe pelan pelan taip. mungkin akan banyak entri pasal ranap kali ni. takpe pelan pelan huda. yeah, aku menulis bila aku sedih. sebab i found sadness is my strength. masa sedih ni, baru aku boleh luahkan semuanya.tak semua, tapi boleh lah aku luahkan serba sedikit.
dah hampir 2 minggu aku tau 'berita baik' tu. n kalau ingat balik, 2 minggu lepas aku ternampak kau. aku tak sure kau nampak aku ke tak. entah la. tapi aku nampak kau. jumaat kat wangsa walk. sabtu kat the curve. hebatkan tuhan nya perancangan untuk kita ni. sejujurnya aku masih lagi dlm proses healing. n tiap bulan ade 1 masa aku akan down. down ingat kau. entah la. kalau kau tahu jenis aku pon, aku bukan jenis pelupa. lagi2 pasal kau. semua pasal kau,
senyum kau, suara gedik kau, rajuk kau, suara lembut kau bila kau panggil aku syg. bila panggil aku dear. ahh sudah, mengalir lagi air mata aku ni. aku ingat lagi kau penah ckp, aku ni sikit2 nak nanges. sikit2 nak nangis. entah la, hati aku terlalu rapuh untuk kau. mungkin aku dah jumpa soulmate aku. n orang tu kau. dan bila aku tengok muka aku kat cermin pon, yang aku nampak kau.
ahh berbalik pada cerita aku jumpa kau. sejujurnya, mcm nak pecah jantung aku nampak kau dengan someone. n semua memori lama semua berpusing dalam otak aku balik. semua bende yang jadi teka teki selama ni semuanya pusing dalam pala aku. n nahhh, aku jumpa jawapannya hari ahad. dr mana aku dpt jawapan, i rasa you tau.
sakitnya Tuhan je tahu. macam mane tersungkur nya aku bulan 10 haritu, macam tu jugak tersungkur aku masa tu. melalak mcm orang gila. sakitnya ya Allah, terlalu sakit.
isnin, aku ke ofis. takda mood. tah macam mana mata aku bergenang je dari pagi. aku br buka mulut bercerita dengan kakak ofis yg paling rapat, "akak, ex kita da nak kawen".. terus mengalir laju air mata aku. terus aku stop, nanti kita cite. so berpura2 okay 20 min. tak tahan. masuk toilet, nangis sampai tersedu2. keluar, masuk surau, cari file Positive Nexus lama, belek2 sambil nanges tersedu. tetibe ade orang peluk aku dr tepi. lagi laju air mata ni. laju sangat sampai tersedu. fyi, aku bukan manusia senang nangis depan org, n aku bukan manusia jenis nangis tersedu2. tapi masa tu entah mcmne rapuhnya hati aku plus kena pelok lagi. lagi la laju. aku taktahu orang kat luar leh dengar ke tak. tapi aku dah tak kesah orang dah. sambil tersedu2 tu aku meraung, "akak, die da nak kawen dah. nape orang yg tinggalkan kita dah bahagia. nape tuhan tak adil kak? nape tuhan tak jahanam kan orang yg buat orang. padahal die yang tinggalkan kite kak". akak tu terus pelok sambil bg kata2 semangat. lega utk sekejap.
tapi aku manusia. manusia & perempuan lemah. sejam lepas tu aku sebak balik. macam mana ye jadi orang yang cepat jatuh cinta. macam mana ye jadi orang yang jahanam kan hidup orang lepas tu senang move on. takk, aku bukan nak salahkan kau. tp aku tengah bertanya. macam mana jadi orang yg macam ni ye. aku tak pandai. aku mmg tak pandai.
bercinta lepas kawen, aku tak tipu memang baik. aku support sangat2. tapi the way you end up our relationship, i not sure whether your decision is good or not. manusia yg dump aku sebab taknak ade commitment, focus on career, nak enjoy dengan kawan2, how come so fast you can move on. baru 4 bulan you. baru 4 bulan. im not fully recover lagi.
and sampai satu tahap, ade kawan sound aku.
"balik pada takdir huda. balik pada takdir. mungkin dia sekadar menyinggah, bukan penghujung cerita cinta kau. tuhan pinjamkan dia untuk kau sementara waktu.kalau kau takleh terima hakikat yang die bukan jodoh kau, kau tak terima ketentuan Tuhan. kan tak baik tu. ingat huda, balik pada takdir. aku kan kau ingatkan aku jugak ayat ni, kalau one day benda ni jadi kat aku"
dlm banyak2 ayat kawan aku bagi, aku taktahu nape aku tersedar dengan ayat ni. lama aku tenung ayat ni. alhamdulillah aku lega, tapi kekadang tipu la aku nangis meraung mcm org gila jugak. orang leh cakap redha tu mcm senang, tp yang nak redha nye aku. n nak terima hakikat punya la susah. aku tengah pelan2 nak terima hakikat dan redha.
kalau la abah ada, da lama aku nak kongsi pada dia. abah mesti taknak tengok anak sulung dia nangis mcmni. dan mungkin Tuhan tarik dia, sebab dosa2 aku jugak, untuk ingatkan balik tentang besarnya kuasaNya.
dan sebenarnya panjang lagi cerita. tapi aku sedang kumpul kekuatan untuk redha. untuk tenang, untuk terima hakikat, untuk ucapkan tahniah.
the man who i really fall in love is getting engage n marriage this year. i bet i will never fine man like you, who can make me fall hard in love with you. its okay, i will be fine. as long as i know you will be fine. nahh, you da bahagia, sedang menghitung hari. how can i fine man like you? how? how can i let go every feeling toward you? you are my mirror. my everything and i still here, still in pain, still in love with you.
dear Mohd Idris Mohd Sidek,
congratulation for your engagement n marriage this year.
doakan i, you.
doakan i
dapat lupakan you dan teruskan hidup.
From,
Hueda
perempuan yang kecewa tapi masih lagi tak berganjak